
Produk Kami
SPI2RO dirumus khas untuk menyahtoksikkan hati, memulihkan tahap nutrisi dan meremajakan kecantikan. Ia memberikan tiga fungsi dalam satu pil kunyahan yang mudah.
Toksin adalah halangan terbesar seseorang untuk mencapai kejelitaan dan kesihatan. Oleh itu, penyahtoksikan adalah langkah pertama yang tidak boleh dielakkan dalam perjalanan seseorang ke arah kesihatan yang optima.
Khasiat penyahtoksikan SPI2RO berasal dari bayam. Bayam, yang juga dikenali sebagai “pencuci usus”, dengan kandungan seratnya yang tinggi, berfungsi untuk membersihkan sistem pencernaan and memperbaiki penghadaman. Selain itu, ia juga kaya dengan glutathion – suatu bahan antioksidan yang membantu dalam penyahtoksikan hati dan sistem pencernaan.
Spirulina adalah salah satu makanan tambahan nutrisi yang terbaik selepas penyahtoksikan. Spirulina dianggap sebagai ‘superfood’ paling padat nutrien abad ke-21, kerana ia mengandungi tahap mineral dan vitamin yang tinggi. Ia mempunyai kandungan protein yang tinggi (60%) dan pelbagai jenis vitamin, mineral, asid amino dan nutrien yang penting untuk kesihatan sistemik. 1 gram spirulina adalah bersamaan dengan 1 kilogram pelbagai sayuran dan buah-buahan, dari segi nutrisi. Ini sebabnya NASA (National Aeronautics & Space Administration) menggunakan Spirulina untuk keperluan nutrisi para angkasawan di angkasa lepas.
Seseorang yang ingin meremajakan kejelitaannya memerlukan lebih banyak klorela dalam kehidupannya. SPI2RO dapat menawarkan sumber klorela yang tinggi sekali untuk tujuan tersebut. Klorela mengandungi CGF (Chlorella Growth Factor/ Faktor Pertumbuhan Klorela) yang merangsang pertumbuhan tisu dan perbaikian kulit dalam, dari dalaman dan luaran. Selain itu, ia juga memulihkan keanjalan dan keserian kulit ke zaman remajanya.
Serbuk Limau, Serat Larut, Serbuk Bayam, Spirulina, Klorela, Xylitol, Serbuk Perpemint
Makan dan kunyah 1 tablet bila-bila diingini
PETUA MEDIC
Kesihatanmu Adalah Kehidupanmu
Kami merupakan Perunding suplemen kesihatan dan produk kecantikan yang berwibawa. Kini, kami menjaga kesihatan dan keperluan kecantikan ramai pelanggan dan merasa bangga kerana telah berjaya membantu menyelesaikan masalah kesihatan pelanggan kami. Di dunia yang pantas dan mencabar pada masa kini, ia adalah tidak mencukupi untuk orang yang hanya sekadar memiliki kesihatan yang baik atau orang yang hanya memiliki kejelitaan yang menawan. Seseorang itu haruslah memiliki kedua-duanya iaitu kesihatan yang baik DAN juga kejelitaan yang menawan.
Kami bermatlamat untuk memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik dari segi luaran dan dalaman serta ingin mempertingkatkan kecantikan dan memperhebatkan apa jua kejelitaan yang sedia ada pada seseorang. Kami juga mahu menuju kearah pembentukan masyarakat harmoni dan sejahtera yang hidup sihat bebas tanpa penyakit.