
Produk Kami
Kolagen candy haiwan lautan merupakan suatu bahan yang diperoleh secara aktif oleh Wellous disebabkan kelebihannya yang banyak berbanding dengan sumber kolagen yang lain. Melalui kajian menyeluruh dan penyelidikan yang terperinci, Wellous telah berjaya mencipta M-COLL Kolagen Candy. Apa yang membezakan M-COLL daripada produk kolagen lain yang ada di pasaran sekarang adalah berat molekul kolagennya yang amat rendah, iaitu hanya 1,000 daltons, manakala berat molekul kolagen untuk kebanyakan supplemen lain adalah 3,000-300,000 daltons. Selain itu, M-COLL mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi dan terbukti lebih berkesan berbanding suplemen kolagen yang lain.
M-COLL diperbuat dengan bahan-bahan buah-buahan semulajadi seperti anggur dan oren yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan merupakan molekul yang mampu melindungi badan seseorang dari masalah yang disebabkan oleh radikal bebas yang terhasil daripada pendedahan kepada sesetengah bahan kimia toksik, nikotin, sinaran UV dan pencemaran alam sekitar.
Glutathion dari sumber semulajadi anggur, oren dan strawberi dalam M-COLL membantu memutihkan kulit supaya ia menjadi cerah, berseri dan bersinar. Ia mengurangkan pigmentasi gelap, bintik-bintik dan warna kulit yang tak sekata.
Tambahan pula, M-COLL dengan bahan-bahannya yang melembapkan dan melegakan, telah direka untuk memulihkan tahap kelembapan kulit dan bantu mengunci kelembapan. Empingan gandum secara semulajadi mengandungi asid hyaluronik yang berfungsi untuk meningkatkan sintesis kolagen dan mengekalkan kelembapan kulit.
Kami di Wellous sedar bahawa sesetengah suplemen kolagen ikan boleh berasa agak hanyir. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk mengatasi rasa hanyir itu dengan keenakan strawberi yang menyegarkan dan melazatkan. Kami bukan sekadar menambahkan strawberi untuk menutup rasa hanyir, tetapi kita juga berniat untuk menggunakan kebaikan nutrisi strawberi. Strawberi adalah baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan vitamin C, serat (komponen pembuangan toksin) dan asid folik. Tambahan pula, ia juga mengandungi asid elagik, sejenis antioksidan yang dapat melawan kemerosotan kolagen dan melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. Hasilnya, kedutan dan pigmentasi pada kulit berkurangan. Di samping itu, strawberi juga berkesan untuk mengurangkan jerawat kerana ia dapat menyingkirkan sebum berlebihan yang terhasil di atas permukaan muka. Ia juga berupaya mengurangkan kecelaan akibat daripada jerawat dan jeragat. Oleh itu, kebaikan strawberi M-COLL adalah penyelesaiannya kepada sesiapa yang ingin memutihkan dan menambahkan kecantikan kulitnya.
Kolagen ikan, serbuk strawberi, serbuk anggur, serbuk oren, empingan gandum, maltodekstrin, selulosa mikrohablur, sukralosa, magnesium stearate, silikon dioksida
Dikunyah dalam mulut bila-bila diingini untuk kesegaran
PETUA MEDIC
Kesihatanmu Adalah Kehidupanmu
Kami merupakan Perunding suplemen kesihatan dan produk kecantikan yang berwibawa. Kini, kami menjaga kesihatan dan keperluan kecantikan ramai pelanggan dan merasa bangga kerana telah berjaya membantu menyelesaikan masalah kesihatan pelanggan kami. Di dunia yang pantas dan mencabar pada masa kini, ia adalah tidak mencukupi untuk orang yang hanya sekadar memiliki kesihatan yang baik atau orang yang hanya memiliki kejelitaan yang menawan. Seseorang itu haruslah memiliki kedua-duanya iaitu kesihatan yang baik DAN juga kejelitaan yang menawan.
Kami bermatlamat untuk memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik dari segi luaran dan dalaman serta ingin mempertingkatkan kecantikan dan memperhebatkan apa jua kejelitaan yang sedia ada pada seseorang. Kami juga mahu menuju kearah pembentukan masyarakat harmoni dan sejahtera yang hidup sihat bebas tanpa penyakit.