
Produk Kami
Wellous prihatin terhadap keperluan wanita. Terutamanya kesulitan yang mereka alami semasa datang bulan. Dan betapa sukarnya untuk sesetengah wanita untuk mengandung apabila mereka betul-betul mahukan seorang cahaya mata. Atau apabila mereka melalui perubahan hormon yang pasti akan berlaku apabila usia mereka meningkat. Itulah sebab-sebabnya Wellous telah mencipta ISOduce. Harapannya adalah dengan adanya ISOduce, “masalah wanita” akan menjadi kurang menyusahkan.
Sudah ternyata bahawa hormon wanita terutamanya estrogen berkait rapat dengan kesihatan sistem Peranakan wanita dan kesejahteraan emosi mereka. Dengan ISOduce, yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, di mana bahan-bahan utamanya terdiri daripada isoflavon kacang soya, kacip fatimah, manjakani dan pati mirifica serta diperkuatkan dengan serbuk kacang soya, serbuk oat, asid amino sutera dan serbuk elderflower, wanita dijamin mendapat suplemen terbaik untuk menjaga sistem hormon mereka.
Isoflavon Kacang Soya adalah suatu sebatian semulajadi yang diperolehi dari kacang soya. Isoflavon kacang soya adalah satu phytoestrogen yang mempunyai struktur yang serupa dengan hormon estrogen. Apabila dimakan, phytoestrogen boleh meniru tindakan estrogen dengan cara yang selamat, memilih dan lembut. Phytoestrogen telah dilaporkan boleh memberi pelbagai manfaat kesihatan, termasuk melegakan tanda-tanda menopaus seperti hangat memerah, berkeringat malam dan kekeringan faraj, menggalakkan kesihatan jantung yang baik dan pengekalan kekuatan tulang pada wanita selepas menopaus, dan telah terbukti menjadi alternatif yang popular sebagai terapi penggantian hormon untuk mereka yang ingin mengawal tanda-tanda menopaus tanpa mengambil ubat.
Kacip Fatimah, suatu herba yang tumbuh di atas lantai hutan di persekitaran tropika, dipercayai dapat digunakan untuk merawat kesihatan wanita. Secara tradisinya, ia digunakan untuk menyenangkan kelahiran dan digunakan sebagai ubat semasa pantang. Selain itu, ia kaya dengan antioksidan dan juga dapat meningkatkan prestasi seksual serta menyingkirkan kelesuan.
Manjakani adalah salah satu herba hebat yang mempunyai pelbagai manfaat, termasuk mengetatkan otot faraj dan mengurangkan lelehan cecair. Ia juga mempunyai sifat-sifat mencantikkan seperti menganjalkan dan melicinkan kulit, menghilangkan kulit berminyak dan menggalakkan rupa keremajaan.
Pati Mirifica terkenal dan paling banyak dipasarkan untuk khasiat pembesaran payu dara. Ia juga dapat merangsang nafsu dengan mempertingkatkan keinginan seks. Selain itu, Mirifica juga kaya dengan sebatian miroestrol dan phytokimia yang membantu melawan tanda-tanda penuaan seperti pemutihan rambut, selulit, pengedaran darah, kehilangan daya ingatan dan tahap tenaga yang rendah.
Bahan-bahan lain yang juga digunakan dalam penghasilan ISOduce adalah serbuk kacang soya (melawan penuaan, melembabkan kulit, meningkatkan imuniti), serbuk oat (kaya dengan serat untuk membantu pencernaan, melegakan tekanan, mengurangkan risiko barah usus dan payudara), asid amino sutera (melembapkan kulit, mengurangkan kedutan) dan serbuk elderflower (menghilangkan bengkak, memperbaiki pengedaran darah dan melegakan kesakitan).
ISOduce adalah suatu ciptaan yang sangat membanggakan kami di Wellous. Wanita adalah “bata binaan” sebuah masyarakat yang sejahtera; tanpa wanita tiadalah manusia. Dengan itu, Wellous berharap bahawa ia telah berjaya membantu melegakan apa jua kesulitan yang akan menimpa mereka pada tahun yang akan datang.
Serbuk Elderflower, Serbuk Kacang Soya, Serbuk Oat, Asid Amino Sutera, Isoflavon Kacang Soya, Kacip Fatimah, Pati Pueraria Mirifica, Serbuk Manjakani, Maltodextrin, Dextros, Xylitol
1 sachet dicampurkan dengan secawan air suam. Minum bila-bila diingini.
PETUA MEDIC
Kesihatanmu Adalah Kehidupanmu
Kami merupakan Perunding suplemen kesihatan dan produk kecantikan yang berwibawa. Kini, kami menjaga kesihatan dan keperluan kecantikan ramai pelanggan dan merasa bangga kerana telah berjaya membantu menyelesaikan masalah kesihatan pelanggan kami. Di dunia yang pantas dan mencabar pada masa kini, ia adalah tidak mencukupi untuk orang yang hanya sekadar memiliki kesihatan yang baik atau orang yang hanya memiliki kejelitaan yang menawan. Seseorang itu haruslah memiliki kedua-duanya iaitu kesihatan yang baik DAN juga kejelitaan yang menawan.
Kami bermatlamat untuk memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik dari segi luaran dan dalaman serta ingin mempertingkatkan kecantikan dan memperhebatkan apa jua kejelitaan yang sedia ada pada seseorang. Kami juga mahu menuju kearah pembentukan masyarakat harmoni dan sejahtera yang hidup sihat bebas tanpa penyakit.